Tuesday 24 October 2017

ANALISIS FILEM PUTERI GUNUNG LEDANG 1961 DENGAN HIKAYAT ASAL BUKU SULALATUS SALATIN


HIKAYAT PUTERI GUNUNG LEDANG 




OLEH:
1.NURFATIHAH BINTI ISMAIL               (I16301720)
2.NAJWA HANANI BINTI SAHARUDIN(I16301700)
3.SITI AISYAH BINTI JAMALEH            (I16301699)
4.HABIBAH NADIA BIN AHMAD          (I15300835)
5.FARHANA NADIA BINTI NADZRI      (I16301743)
6.NURUL NADIA BINTI YUNUS            (I15300828)

ANALISIS FILEM PUTERI GUNUNG LEDANG

Filem Puteri Gunung Ledang mengisahkan Sultan Mahmud Shah ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang. Baginda memerintahkan Hang Tuah dan Tun Mamad pergi meminang. Pinangan Baginda diterima oleh Puteri tetapi dengan beberapa syarat tersebut telah dapat dipenuhi kecuali syarat yang terakhir iaitu semangkuk darah Putera Baginda .Hikayat Puteri Gunung Ledang merupakan salah satu kisah lama yang terkenal dan diketahui oleh masyarakat tempatan di Malaysia Terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat daripada filem Puteri Gunung Ledang(1961) dengan hikayat asal yang terdapat dalam buku Sulalatus Salatin Sejarah Melayu karya ASamad Ahmad dan Hikayat Hang Tuah.

 1.0 WATAK DALAM FILEM PUTERI GUNUNG LEDANG


Elaine Edley sebagai Puteri Gunung Ledang



    Mazlan Ahmad sebagai Sultan Mamud Shah


  •  Fatimah Ahmad
  •  Wahid Satay
  •   Puteh Lawak
  •   Mahmud June
  •   Haji Ashad
  •   Shariff Medan
  •   Yem
  •   Abdullah Sani
  •   Kalam Hamidi
  •   Ahmad Nisfu
  •   Mak Dara sebagai Nenek Kebayan


 2.0 PERBANDINGAN ANTARA FILEM PUTERI GUNUNG LEDANG DENGAN HIKAYAT ASAL BUKU SULALATUS SULATIN SEJARAH MELAYU
                                                       

                                      
                                       Petikan dari filem Puteri Gunung Ledang 1961

  • 2.1)Didalam filem Sultan Mahmud Shah telah bermimpi didatangi oleh Puteri Gunung Ledang dalam kamarnya.Sultan Mahmud Shah telah jatuh cinta dengan kecantikan yang dimiliki oleh Puteri gunung Ledang tersebut. Keesokan harinya, Sultan Mahmud Shah ingin mengesahkan tentang mimpinya kepada Pak Nujum samaada mimpi itu benar atau tidak. Pak Nujum mengatakan bahawa mimpi Sultan Mahmud Shah adalah benar dan Puteri Gunung Ledang benar-benar wujud dan kecantikan Puteri Gunung Ledang itu sesuatu yang nyata juga.


  • Oleh sebab itu, peminangan baginda dengan anak perempuan pembesar Melaka dibatalkan. Berdasarkan buku rujukan utama kami iaitu Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (B-220) ada menyebut bahawa baginda berkehendakkan Puteri Gunung Ledang dan ingin mengahwininya.Jadi apa yang boleh kami boleh simpulkan dalam babak ini bahawa terdapat beberapa unsur penambahan dalam filem dimana tidak terdapat dalam sumber asal. 



                                       
                                         Petikan dari filem Puteri Gunung Ledang 1961

  • 2.2)Babak seterusnya yang menjadi pilihan kami ialah dalam perjalanan mereka menuju ke Gunung Ledang, Laksamana Hang Tuah telah jatuh sakit lalu Tun Mamad telah menawarkan dirinya untuk naik ke Gunung Ledang dengan beberapa rakyatnya. Semasa dalam perjalanan ke Gunung Ledang Tun Mamad terjatuh ke dalam gaung. Seterusnya, beliau telah termasuk ke dalam sebuah taman dan berjumpa dengan beberapa orang Puteri penjaga taman tersebut iaitu Puteri Bunga Raya, Puteri Bunga Kemboja, Puteri Bunga Melati, Puteri Bunga kenanga, Puteri Bunga Matahari, Puteri Bunga Tanjung. Selepas kemunculan puteri-puteri cantik rupawan itu, lalu muncullah pula seorang nenek tua yang memperkenalkan dirinya sebagai penjaga Puteri gunung Ledang bernama Dang Raya Rani. Nenek tersebut telah membawa Tun Mamad berjumpa dengan Puteri Gunung Ledang dan Tun Mamad telah menyampaikan hasrat Sultan Mahmud Shah untuk meminang Puteri Gunung Ledang.

  • Berdasarkan buku rujukan utama kami iaitu Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (A-281) ada menyebut bahawa sampainya di kaki gunung, keadaan terlalu sukar untuk Laksamana dan yang lainnya mendaki gunung Ledang lalu Tun Mamad menawarkan diri beliau dengan dua orang pengikut yang pantas langkahnya untuk meneruskan perjalanan.Tiba-tiba beliau termasuk ke dalam sebuah taman yang sangat indah. Tun Mamad telah bejumpa dengan seorang nenek tua penjaga taman itu yang bernama Dang Raya Rani dan beberapa orang Puteri penjaga taman itu. Dang Raya  Rani telah membawa Tun Mamad berjumpa dengan Puteri Gunung Ledang.




                                         
                                            Petikan dari filem Puteri Gunung Ledang 1961



  • 2.3 Babak yang terakhir yang menjadi pilihan kami ialah apabila1.Tun Mamad dan Bendahara menyampaikan 7 tujuh syarat kepada Sultan Mahmud. Berdasarkan buku rujukan Sulalatus salatin (A-283)  menyebut bahawa Sultan Mahmud Shah tidak dapat melaksanakan syarat terakhir yang diberikan oleh Puteri Gunung Ledang. Ini kerana disebabkan syarat yang terakhir Puteri Gunung Ledang iaitu darah anak raja yang bernama Raja Ahmad itu semangkuk. Namun, berbeza dengan filem iaitu Sultan Mahmud Shah menerima segala syarat tersebut dengan mengerahkan tenaga rakyat supaya dapat  menunaikan segala  permintaan yang diberikan kepada Puteri gunung Ledang.


                     
                          Petikan dari filem Puteri Gunung Ledang 1961




3.0 RUJUKAN 


















ANALISIS FILEM PUTERI GUNUNG LEDANG 1961 DENGAN HIKAYAT ASAL BUKU SULALATUS SALATIN

HIKAYAT PUTERI GUNUNG LEDANG  OLEH: 1.NURFATIHAH BINTI ISMAIL               (I16301720) 2.NAJWA HANANI BINTI SAHARUDIN(I16...